header image

Salam semua,

Pada hari Jumaat, tanggal 29 Mei 2009 merupakan hari yang sangat bermakna buat hidupku dan isteri, Siti Zawiyah (Uyah) kerana kami diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Majlis pernikahan diadakan selepas Asar di Masjid As-Saadah, Kampung Pengkalan Batu Melaka. Pada malam harinya, upacara perkahwinan kami diserikan lagi dengan Majlis Berinai Besar di rumah Uyah di Kampung Pengkalan Batu.

Majlis Persandingan di rumah perempuan diadakan pada keesokan harinya iaitu Sabtu 30 Mei 2009. Disusuli dengan Majlis Bertandang di Mini Stadium Bistari Ayer Keroh pada hari Ahad 31 Mei 2009. Majlis perkahwinan kami turut diserikan dengan sambutan Majlis Makan Malam Beradat pada 1 Jun 2009 di Perkampungan Seni Muara Sungai Duyong.

 

Syukur alamhamdulillah kerana Majlis Perkawinan kami berjalan dengan lancar. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu sepanjang perjalanan majlis terutama buat ayah dan bonda ku (Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar & Datin Hamidah Hassan), ayah dan ibu mertuaku, saudaramara, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung membanting tulang dan meluangkan masa memeriahkan majlis perkahwinan kami.

Buat rakan-rakan yang terlupa dijemput, mohon ampun dan maaf. Gambar-gambar  terpilih sepanjang Majlis Perkahwinan Azhar-Zawiyah 29-31 Mei 2009 ada tersimpan di album Friendster untuk tatapan saudara/saudari.

Sekian Terima Kasih,

Aalazhar

under: Uncategorized

Sinopsis :

Negeri Melaka kaya dengan pelbagai warisan budaya yang memiliki nilai estetika yang tinggi terutama dalam bidang seni muzik seperti Dondang Sayang, Joget, Nazam, Zapin serta Rebana Keras dan kertas kerja ini membincangkan strategi-strategi yang perlu dilaksanakan oleh pelbagai pihak di negeri Melaka demi untuk memartabatkan kesenian-kesenian tersebut. Walaupun kesenian-kesenian tradisional ini pernah popular di kalangan masyarakat tempatan pada satu masa dahulu, kini kesenian-kesenian ini semakin dilupakan dan kurang diminati oleh golongan muda. Pengiktirafan Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO pada 7 Julai 2008 telah memberi nafas baru kepada kesenian-kesenian tradisional di Melaka untuk menjadi pengisian kepada Industri Kreatif Seni Budaya dan Warisan  (IKSBW) yang menjadi nadi dan penggerak kepada sektor pelancongan negeri Melaka. Satu perancangan yang sistematik dan tersusun perlu direkabentuk bagi memastikan masyarakat di Melaka bersedia untuk menghadapi arus kepesatan serta gelombang pembangunan IKSBW ini pada masa akan datang. Menyedari hal ini, tiga strategi utama dikenalpasti dalam memastikan warisan budaya terutama seni muzik tradisional di negeri Melaka dimartabatkan iaitu 1) Mengenalpasti dan Memperkukuh Identiti Seni Budaya dan Warisan, 2) Membina Jatidiri Generasi Muda, dan 3) Perindustrian Seni Budaya dan Warisan. Strategi-stategi ini dijangka dapat membantu sektor awam, swasta dan komuniti untuk merancang urus tadbir warisan budaya di negeri Melaka supaya tidak pupus ditelan arus pembangunan dan pemodenan. Perancangan-perancangan yang bakal dilaksanakan juga akan menitik berat pendekatan glokal yang bermula dengan pendekatan lokal yang menfokus kepada seni budaya dan warisan negeri Melaka dan disusuli dengan pendekatan global yang menfokus kepada seni budaya dan warisan di rumpun nusantara. Di dalam pendekatan glokal ini kerjasama di antara dua negara  yang berjiran iaitu Malaysia dan Indonesia dapat dipererat bukan sahaja dari segi bidang seni, budaya dan warisan malah turut melibatkan kerjasama di dalam IKSBW yang memiliki nilai ekonomi yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Nota:

Kertas-kerja ini akan saya bentangkan di Seminar Pengembangan Dan Pemeliharaan Warisan Budaya Indonesia dan Malaysia (13-14 April 2009) di PERZIM (Muzium Rakyat), Melaka.

Saudara-saudari dijemput untuk mendengar pembentangan saya pada 14 April 2009 (Selasa) jam 8 pagi.

 

 

 Kertas-kerja penuh ada di link: http://www.scribd.com/doc/14297672/STRATEGI-MEMARTABATKAN-WARISAN-BUDAYA-DI-NEGERI-MELAKA

Aalazhar

 

under: Uncategorized

PENUBUHAN KUMPULAN SENIMAN MUDA MELAKA

Posted by: aalazhar | March 4, 2009 | No Comment |

INSTITUT SENI MALAYSIA MELAKA (ISMMA)

INSTITUT SENI MALAYSIA MELAKA (ISMMA)


 

Kepada semua bekas pelajar & seniman muda ISMMA.

Saya sedang berusaha menubuhkan Kumpulan Seniman Muda Melaka (KSM) di bawah ISMMA. Satu bentuk komuniti seni budaya untuk generasi muda (Generasi X).

Projek ini masih dalam perancangan dan telah dibawa ke peringkat pengurusan ISMMA.  Sekarang dalam proses menunggu kelulusan Lembaga Pengerusi ISMMA.

Konsert Orkestra Warisan ISMMA 2009 dirancang akan diadakan pada bulan Oktober sempena menyambut hari lahir Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Melaka. Projek ini ialah kesinambungan daripada Konsert Orkestra ISMMA 2007.

 Saudara-saudari akan dijemput menyertai. Mohon sebar-sebarkan berita ini.

 

Sekian Terima Kasih.

 AALAZHAR

under: Uncategorized
Tags: ,

TAWARAN JAWATAN KOSONG (LELAKI SAHAJA)

Posted by: aalazhar | February 23, 2009 | 1 Comment |
Calon-calon Pengapit Lelaki

Calon-calon Pengapit Lelaki

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Saudara-saudari dan para sahabat sekalian,

Ada satu tawaran jawatan kosong untuk anda semua. Terbuka untuk LELAKI sahaja. Rujuk butiran di bawah untuk lebih lanjut:

Jawatan: Pengapit Lelaki

Program: Majlis Perkahwinan Azhar dan Siti Zawiyah, 29 Mei - 1 Jun 2009

Taraf: Khidmat Singkat 

Tempoh Khidmat: 29 Mei - 1 Jun 2009 (4 hari berturut-turut)

Lokasi: Sekitar Negeri Melaka Bandaraya Warisan (TBA)

Calon-calon mestilah memiliki perwatakan menarik dan sihat tubuh badan. Sesiapa yang memiliki pengalaman sebagai model pentas digalakkan memohon. Untuk sebarang pertanyaan sila lawat ke laman Friendster saya. Hantarkan komen ataupun email. (Komen yang tidak bermoral tidak akan dilayan).

Sekian, Terima Kasih.

Aalazhar

under: Uncategorized

EKSPO GERAK USHAWAN, 6-8 FEBRUARI 2009, PWTC.

Posted by: aalazhar | February 13, 2009 | 1 Comment |

Pada 8 Februari 2009 (Ahad), saya telah ke Ekspo Pembangunan Usahawan 2009 anjuran MECD bertempat di PWTC. Tujuan saya ke sana ialah untuk mencari peluang-peluang menjana pendapatan yang ada sebagai SME dalam proses memajukan projek-projek perniagaan keluarga. Banyak peluang menarik telah saya lihat dan ekspo tersebut telah banyak membuka mata saya dan kesimpulan yang boleh dibuat ialah seperti di bawah:

1) Rakyat Malaysia khususnya Bumiputera memiliki pelbagai peluang perniagaan yang boleh diceburi khususnya yang bercorak SME.

2) Ramai Bumiputera telah memiliki keupayaan ekonomi yang mampu menyaingi kuasa kaum-kaum lain di Malaysia.

3) Malaysia memilki pelbagai produk yang mampu dimajukan.

4) Kerajaan Malaysia melalui pelbagai agensi dan komuniti perniagaan telah menyediakan bantuan- bantuan dalam pelbagai bentuk untuk Bumiputera yang berminat untuk membuka SME.

Beberapa cadangan yang ingin saya kongsi bersama-sama saudara-saudari sekalian bagi sesiapa yang telah ataupun bercadang untuk menjadi usahawan.

1) Kita harus merebut peluang perniagaan yang telah disediakan oleh kerajaan dan komuniti-komuniti usahawan sebagai satu cara untuk memajukan diri. Menggunakan pendekatan dan pengetahuan terkini.

2) Usahawan mada masa kini harus berilmu, kreatif dan jujur dalam menghasilkan produk-produk niaga. Bagi yang beragama Islam, usaha ini boleh dianggap sebagai satu ibadat kita kepada Allah dengan misi ’ Kerana Tuhan Untuk Manusia’ (Motto UTM).

3) Produk-produk perniagaan haruslah kompetatif dan kualitinya haruslah seiring dengan keadaan semasa, perbandingan haruslah dilihat secara lokal mahupun global.

4) SME yang ingin dijalankan haruslah dirancang secara teliti ( melalui Business Plan) yang kukuh bagi mengelakkan pembaziran wang, masa dan tenaga.

Bagi saudara-saudari yang bercadang untuk membuka SME dan telah pun memilki bergelar usahawan, saya ingin doakan agar saudara berjaya.

Sekian, Terima Kasih.

AALAZHAR

under: Uncategorized

BANDUNG TRIP 2009, 27 JAN - 31 JAN 2009

Posted by: aalazhar | February 5, 2009 | 1 Comment |
Hotel Karmila Bandung

Hotel Karmila Bandung

Assalamualaikum dan alam sejahtera,

Tanggal 27 Jan sehingga 31 Jan 2009, saya ke Bandung, Jawa Barat, Indonesia bersama-sama dengan ahli keluarga , ibu, mak cik (Cik Mah), pak cik (Pak Cik Iskandar), dan cousin sister (Nur Adibah). Objektf trip berkenaan ialah:

1) melawat aidinda Nur Aishah yang sedang mengambil kursus medical di UnPad,

2) menemani ahli keluarga untuk berjalan-jalan di Bandung,

3) membeli barang keperluan diri,

4) menempah barang untuk keperluan perkahwinan, dan

5) mencari idea untuk perniagaan dan rumah keluarga.

Kawan-kawan dan saudara-saudara boleh melihat gambar-gambar trip berkenaan di album gambar friendster saya.

Saya berpuas hati dengan trip berkenaan (objektif tercapai) walaupun merasakan 4 hari 3 malam itu tidak cukup kerana terdapat beberapa perkara yang saya tidak sempat saya lakukan iaitu:

1) melawat Muzium Bandung,

2) melihat persembahan kesenian tradisional Sunda, dan

3) ke kedai atau tempat pembuatan alat muzik.

Insyaallah akan saya sempurnakan pada perjalanan akan datang. Mungkin pada masa akan datang dengan kawan-kawan dan saudara-saudara sekalian.

Terima kasih kerana membaca, semoga semua dimurahkan rezaki dan dirahmati tuhan,

Aalazhar

6 Feb 2009

under: Uncategorized

TAHUN BARU 2009

Posted by: aalazhar | January 26, 2009 | 2 Comments |
Aalazhar

Aalazhar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat tahun baru kepada semua (tahun 2009). Semoga sahabat2 dan kaum keluarga sekalian sentiasa murah rezeki dan bahagia. Tahun ini tahun yang agak sibuk buat saya…kerana banyak aktiviti iaitu:

1)  insyaallah saya akan menyambung pelajaran peringkat PhD (part time) kat UKM ngan Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri (mahaguru),

2) pas tu dah nak kawin (ngan Siti Zawiyah @ Uyah - dah 8 tahun dah), insyaalah  majlis 29 Mei - 1 Jun 2009. 4 hari 3 mlm …..dah macam artis,

3) pas tu family nak pindah melaka (Taman Tasik Utama). Nak tolong mama pindah….Projek Tasik Utama 2009,

4) nak tolong family business….Restoran Anjung Muara…..hehehe…jgn lupe dtg berbelanja dan bagi support, dan

 

5) nak tolong kawan2…..dan saudara2…..

Di dalam kesibukkan ini , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara2 dan sahabat2 yang banyak memberi sokongan kepada saya sekeluarga.

Sekian Terima Kasih.

AALAZHAR

under: Uncategorized

Categories